Admiral Hosting | Compare OUR HOSTING PLANS

May 28, 2011

Compare OUR PLANS

A closer look at all of our web hosting plans will help you evaluate their features and decide which package is the right one for you. The Compare Our Plans table below will give you detailed information about the contents and pricing of the plans and will let you order the desired package immediately.

Each plan is equipped with our in-house built, multi-lingual Control Panel, available in more than 15 different languages. From there you will have access to fully-featured domain and email management tools, and many website administration solutions like a Hotlink Protection tool, an .htaccess Generator, file and FTP management tools, a URL Redirector, and many more. Your package will be set up for free and you will be able to make use of our money-back-guarantee within one month of the signup date. All the services in your packages are backed up by our 99.9% uptime guarantee.

 

See all 140 plan features »

Web Hosting

Having a website of your own would be unthinkable without a web hosting account at hand. We offer both individuals and variously sized businesses full-featured packages, loaded with plenty of resources and administration tools for building and maintaining a positive Internet presence. All the packages hide different surprises for you, each of them coming at no charge and with many benefits for your web sites. Through our one-click installation tool you will have the possibility to launch online your popular blog, forum, cms, gallery or e-commerce website in no time. Each plan supports three versions of PHP (PHP 4/5/6) as well as the latest stable versions of MySQL and PostgreSQL.

Also, our services are delivered to you absolutely risk-free. We do not charge you any setup fees for any of our plans. You will be able to test our hosting services for one month and request your money back hassle-free in case that you are not completely satisfied with their quality. Besides, we offer a 99.9% uptime guarantee for your sites and applications.


Admiral Hosting | Official Squidoo Page

Kesesatan akidah – al-fikrah.net @ al-fitnah.net

July 29, 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat datang kami ucapkan kepada semua pengunjung Laman Blog Rasmi Gayong Maarifat Group.

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM) adalah sebuah persatuan yang berkait rapat dengan Gayong Maarifat Group. Adalah menjadi suatu tanggungjawab kami membela maruah PSSGMM apabila ada pihak luar yang cuba “menangguk di air yang keruh” atau mengambil kesempatan dengan memburuk – burukkan nama organisasi ini.

Sememangnya tidak dinafikan banyak pihak yang berusaha mensensasikan kegiatan PSSGMM kerana persatuan ini sering mendapat publisiti secara meluas di media massa sebagai contoh ; Majalah 3 (TV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan akhbar – akhbar tempatan.

Pada 24 Ogos 2009, seorang yang dikenali dengan nama pengguna (username) faizalsaedon menyebarkan fitnah (yang pada mulanya kelihatan seolah – olah bertanya) di ruangan forum yang tidak begitu terkenal (dengan pengguna baru mencapai kurang daripada 10 000 pengguna- iaitu hanya kira – kira 20 % dan yang selebihnya adalah bots @ pengguna palsu) iaitu al-fikrah.net.

Topik perbincangan bermula apabila faizalsaedon (seperti gambar di bawah) meminta “pencerahan” berkenaan ilmu PSSGMM tetapi kemudian melencong kepada menyelamatkan sahabat – sahabatnya yang dikatakan sebagai “tersangkut” di dalam PSSGMM dan kekeliruan ahli PSSGMM tentang akidah mereka sendiri (seperti gambar dibawah). Kemudian perbincangan melencong sekali lagi dengan faizalsaedon mengatakan PSSGMM mengamalkan kepercayaan karut.

Pihak PSSGMM telah menyatakan kesediaan untuk menerangkan & memberikan penjelasan yang sebenar tentang amalan & ilmu PSSGMM secara jelas dan detail di Pejabat Urusan Gayong Maarifat Group (No. 49, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves, Selangor) beserta dengan demonstrasi penggunaan ilmu PSSGMM.

Beberapa pengguna (forumer) lain turut masuk campur dengan mengeluarkan dalil serta bercerita tentang pengalaman masing – masing belajar silat yang melibatkan penggunaan jin.  Perbincangan disertai oleh forumer lain yang semakin yakin bahawa PSSGMM mengamalkan ilmu yang melibatkan penggunaan jin @ syirik.

Walaupun telah beberapa kali diminta oleh wakil guru datang berjumpa secara bersemuka atau menghantarkan sekurang – kurangnya wakil untuk membincangkan masalah ini supaya hasil perbincangan dapat dijelaskan semula di dalam forum (supaya tidak menjejaskan nama PSSGMM) mereka masih menolak.

Pihak PSSGMM sekali lagi cuba berdiplomasi dengan mengatakan bahawa pihak JAKIM tidak pernah memasukkan PSSGMM dalam senarai ajaran sesat. Mereka menafikan dengan alasan bahawa JAKIM (sebagai sebuah agensi kerajaan berkemungkinan terlibat dengan syubhah atau rasuah).

Akhirnya pihak PSSGMM sekali lagi mengajak supaya mereka dapat datang ke pejabat urusan untuk berbincang secara baik atau mereka sendiri menjalan siasatan (sebagai orang yang berilmu dan tidak terlibat dengan syubhah seperti pegawai – pegawai JAKIM).

Mereka akhirnya memberi alasan bahawa jika mereka datang ke pejabat urusan untuk melakukan siasatan pasti pihak PSSGMM akan menyembunyikan bukti (PSSGMM terlibat dalam isu penggunaan jin @ penyelewengan akidah) dan penyiasat @ wakil mereka tidak berkemahiran dalam menyiasat perkara sebegini dan akan melencong memerhati perkara – perkara yang tiada kaitan dengan isu seperti yang disebutkan di atas.

*** Alangkah peliknya, kerana mereka ini pada mulanya mengaku berilmu sehingga mengatakan dengan ilmu mereka boleh menegur kesilapan yang dilakukan oleh pihak JAKIM kemudian mengatakan mereka tidak berkemahiran melakukan sisatan yang ingin mereka lakukan terhadap PSSGMM.

Perbincangan ini amat mengelirukan orang awam yang mencari  maklumat berkenaan PSSGMM di internet (apabila terjumpa perbincangan seperti ini). Apabila kekeliruan mula berlaku mereka akan menyuntik fahaman mereka secara perlahan – lahan.

faizalsaedon

Disini boleh dilihat dengan jelas usaha mensensasikan isu (yang belum ditentukan kebenarannya) tersebut oleh pihak pentadbiran forum. Mungkin ini adalah salah satu cubaan untuk menarik lebih ramai pengguna menyertai laman mereka supaya lebih mudah untuk menyebarkan fahaman wahabiah @ salafi – sila lihat ruang iklan  di sebelah kiri yang betulis “Keliru ?? Kompilasi rujukan tentang fahaman Wahabi”.

Sedikit maklumat tentang fahaman ini dan ciri – cirinya ;

WAHHABIYYAH (Salafiyyah-Ibn Taimiyyah)
· Isu Wahhabbiyyah telah dibawa beberapa kali ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.
· Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun fatwa tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat malah masih termasuk di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

· Adapun doktrin yang melampau di dalam aqidah sehingga menjisimkan Allah SWT dengan perkataan-perkataan yang jelas seperti golongan Karramiyyah atau mencaci dan menghina pegangan kepada mazhab adalah dilarang dan terkeluar daripada prinsip Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Karakteristik yang ada di laman web al-fikrah.net

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa dan lain-lain.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

Sila lihat tagline “Jalan hidup golongan yang selamat” pada logo forum.


Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.

Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).

Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA.

** Ini terbukti apabila salah seorang daripada mereka yang terlibat mengatakan begini ;

Ahli Setia : “Akidah kami Allah di langit”.

(Gambar asal “print screen” dari laman tersebut telah di padam oleh pihak pengurusan forum)

Tujuan mereka memadamnya adalah kerana mereka berasa telah tewas kerana mereka hanya ada satu hadis yang mengatakan Allah di langit. Mereka kemudian menyandarkan hadis berikut sebagai alasan .

kesesatan warga al-fikrah.netDan jawapan kami seperti berikut ;

Tuhan dimana ??

1. Surah Al A’raf Ayat 54 (cetakan jawi muka surat 285-286)

Yang bermaksud : 54. sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy, Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras silih berganti dan Dia pula yang menciptakan matahari dan bulan serta bintang-bintang, semuanya tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan sekalian makhluk dan urusan pemerintahan, maha suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam

2. Surah Yunus Ayat 3 (cetakan jawi muka surat 377)

yang bermaksud : 3. sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan, tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya, yang bersifat demikian itulah Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan keadaan kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya, patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

3. Surah Ar Ra’du Ayat 2 (cetakan jawi muka surat 465)

yang bermaksud : 2. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan Dia memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhlukNya, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah Yang mentadbirkan Segala urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

4.  Surah Taha Ayat 5 (cetakan jawi muka surat 633)

yang bermaksud : 5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

5. Surah Al Furqan Ayat 59 (cetakan jawi muka surat 768)

yang bermaksud : 59. Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu kepada Yang mengetahuinya

6. Surah As Sajdah Ayat 4 (cetakan jawi muka surat 892)

yang bermaksud : 4. Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang Penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

7. Surah Al Hadid Ayat 4 (cetakan jawi muka surat 1207)

yang bermaksud : 4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

MUNGKIN  KERANA KAMU TERLALU MENDABIK DADA DENGAN ILMU SECIPUT YANG KAMU ADA .. MENGHUKUM MANUSIA SESUKA HATI .. ALLAH MENIMPAKAN KIFARAH KE ATAS KAMU; ILMU KAMU TIDAK BERMANFAAT & TIDAK DAPAT MENOLONG KAMU ATAU MEMPERBAIKI AKHLAK KAMU.

Kalau belum kenal Allah tak lah hebat mana pun ..

kesesatan puak wahabi (salafiah sesat) di Malaysia

Pihak Gayong Maarifat Group akan mengambil tindakan yang sewajarnya melalui prosedur  undang – undang ke atas individu – individu yan terbabit kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan fitnah dan hasutan terhadap Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM). Tindakan saman malu  akan diambil sekiranya perkara seperti yang dinyatakan dibenarkan berlaku oleh pemilik laman berkaitan.

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia

January 13, 2010

Sila ke

Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia di http://www.persilatan.gayongmaarifatgroup.com

Laman Web Rasmi Gayong Maarifat Group di

http://www.gayongmaarifatgroup.com

Blog Rasmi Gayong Maarifat

http://panjialam.gayongmaarifatgroup.com


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.